Anwar Sindir Najib Puji Diri Sendiri
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Datuk Seri Najib Razak kerana memuatkan pujian kepada diri sendiri dalam teks titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong sewaktu merasmikan sidang parlimen dua hari lalu.
“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.
Dalam nada yang jenaka, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menasihatkan Najib supaya memuatkan ucapan penghargaan kepada Umno BN kerana berjaya mengekalkan kuasa dalam kerajaan.
“Tanpa rasa malu Perdana Menteri memuji dirinya sendiri, selalunya diletakkan tahniah kepada kerajaan kerana menang pilihan raya, itu kebiasaannya,”
Disebabkan Speaker Dewan Datuk Donald Kiandee tidak menghalang seloroh itu, Anwar terus membaca teks titah ucapan yang dimaksudkan beliau.
“Para pemimpin hendaklah mencontohi Memanda Perdana Menteri (Najib),” kata Anwar.
Tambah Anwar lagi, sidang kali ini turut mencipta sejarah apabila Datin Seri Rosmah Mansur, iaitu isteri kepada Perdana Menteri turut dipuji secara peribadi dalam titah ucapan tersebut.
“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.
“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, teguruan khusus kepada perdana menteri itu bukanlah bermakna memperkecil titah ucapan DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Menurut beliau, konsep raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia bermakna kerajaan yang memerintah menyediakan titah ucapan yang kemudiannya disemak dan diperkenan oleh seorang Yang Dipertuan Agong.
Maka, kata Anwar, Najib selaku ketua kerajaan bertanggungjawab menyediakan draf ucapan titah ucapan tersebut.
Tindakan Najib itu tegasnya sekaligus boleh merosakkan imej dan tradisi raja berpelembagaan yang selama ini dilaksanakan di Parlimen.
Beliau juga menasihatkan kerajaan supaya tidak mengulangi perbuatan serupa di Dewan Rakyat yang mulia itu.
“Ini yang nak saya perbetulkan supaya pujian-pujian pada diri sendiri seperti ini tidak lagi berulang,” tegas Anwar. -- Harakah 17 March
*****************
Never before I have heard of a opening speech by the King that specifically calls for a praisal to Najib and Rosmah that was mentioned in there.
When the news comes to the papers, the way it was written was to say that as if it was the words of the King himself. But there are people who still don't know that the text was prepared by the Prime Minister's Department and not by the King himself.
“Jarang berlaku dalam ucapan titah Yang Di Pertuan Agong, perdana menteri secara peribadi memuji dirinya sendiri,” sindir Anwar tengah hari tadi sambil disambut gelak ketawa oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di dewan Rakyat.I read this line above and I thought it's more or less of demanding admiration from people. Admiration is not to be demanded but to be earned, the same way it goes as respect. The name Rosmah is also mentioned, but in the previous years persons are not mentioned at the prepared text at all! Sounds like it also reminds me of the time of pharoahs...
Look closely...
“Bukan setakat itu tuan speaker, inilah kali yang pertama dalam sejarah di mana dalam Titah Diraja, suatu pujian khusus pada insiatif yang dibuat oleh isteri perdana menteri,” sindir Anwar lagi.
“Berikutan kejayaan program Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan Permata Remaja, Ini Permata yang memang menjadi projek istimewa si isteri jelita,” kata Anwar lagi.
Yes, I was too young to know then but people told me that the Agong, then the late Sultan of Johor threw the prepared text away and started saying his own things in the opening of the Parliament. Apparently, he was disgusted of the prepared text.
I am really interested to find out who the hell in the PM's department wrote that speech. I better hope it's not those speech writers from APCO that wrote those.....shit.
No comments:
Post a Comment
You are welcome to post in any comments that do not trouble readers of the blog.
Providing an ID is recommended. If some reason you wish to use an Anonymous name, please leave a name below your comments. From now on, comments with no names will not be considered for moderation.